RSI Malay link for my intvw

http://www.rsi.sg/malay/reviu/view/20060602100941/1/.html
Radio Interview
If you have the bandwidth (it's Gallup's culture to say "bandwidth"), you can listen to my RSI interview on the above link. (Aku belum dengerin sih hehe). My lil sis must be very happy coz I give her credit :P
Coretan Kreatif - Sakura Bersemi di Yokohama, karya Yunisa Gunawan
Jun 2, 2006
Hello saudara! Dengan irama pengenalan itu, anda bersama saya sekali lagi dalam Reviu Coretan Kreatif.
Saya rasa kan, setiap minggu Reviu Coretan Kreatif telah membawa anda menyelami alam fiksi, kisah reality, misteri dan sebagainya, Saudara, saya nak tanya sikit, pernah tak anda bercinta? Kalau jawapan anda ya, Aha, itulah genre buku yang akan direviu minggu ini.
Saya diberi kesempatan bertemu dengan seorang penulis muda ini di studio kami di Bukit Caldecott baru-baru ini dan yang saya boleh janjikan ialah, anda pasti akan terhibur dengan bukunya ini. Kita bersama Yunisa Gunawan membicarakan bukunya sendiri, Sakura Bersemi di Yokohama. Jika anda sudah bersedia dengan secangkir kopi, teruskan bersama Reviu Coretan Kreatif.
(Wawancara bersama Yunisa Gunawan)
Jadi bagaimana seorang editor yang bertugas dengan Pertubuhan Gallup, yang mempunyai latarbelakang dalam bidang matematik dan statistik ini mula berjinak-jinak dengan dunia penulisan? Siapa yang menjadi pendorong utamanya?
(Wawancara bersama Yunisa Gunawan)
Siapalah sangka idea seorang anak kecil yang penuh imaginasi boleh mencetuskan inspirasi bagi Yunis sehingga menjadi novel romantis? Apa yang bermula sebagai projek seorang kakak untuk menghiburkan adik-adiknya kini laris dijual di Jogja, Jakarta, Bandung dan lain-lain Bandar di Indonesia. Yang pasti ini bukan kali pertama dan terakhir anda mendengar tentang Yunisa Gunawan.
Sehingga di sini saja kehadiran saya dalam Reviu-Coretan Kreatif minggu ini. Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang novel ini, atau membaca novel yang ingin dikongsi, atau sekadar ingin memberi maklumbalas tentang rancangan ini, emelkan kepada illydea@mediacorpradio.com. Saranan atau emel terbaik akan menerima cenderahati RSI.
Sehingga bertemu lagi di udara RSI di lain minggu, saya Illydea Ishak, salam manis hujung minggu, byeeee!



No comments:
Post a Comment